Sunday, 10 July 2011

KALAU.......1

Nur Niyaz Hanari mengemas semua buku-buku yang berselerak diatas meja belajarnya,lalu memasukkannya kedalam beg sekolahnya.Dia membuka langkah menuruni anak tangga rumah mewah yang hanya didiami oleh dia dan pembantu rumahnya.

"Ha,Niyaz kamu dah siap?,nanti lambat pula pergi ke sekolah".Tanya seorang tua.Dia adalah pemandu yang diupah oleh papanya untuk membawa Niyaz.

Niyaz hanya mengangguk tanda 'ya'.Itulah rutin harian Niyaz,pergi ke sekolah

"Assalamualaikum".Hanya sepatah perkataan sahaja yang Niyaz berikan setiap pagi kepada Pak Leh.

Kalau dikira-kira,perkataan yang keluar dari mulut Niyaz boleh dihitung dengan jari.Dia jadi pendiam sejak ibunya lari dari rumah.Mungkin dia tertekan.

* * * * * *

"Hai,Niyaz".Ucap syirin yang duduk di tepi pintu.

"Em.....Niyaz,awak dah siap ke kerja yang cikgu.Puspawati beri itu?"Dalilah memandang wajah sugul Niyaz.Lalu,Niyaz mengangguk.

Dia tahu Niyaz ini memang pendiam orangnya, bercakap hanya butir-butir yang penting sahaja.
Masing-masing melayan perasaan sendiri sementara menunggu guru yang akan masuk.Tapi Niyaz sebolehnya tidak mahu melayan perasaan sendiri ini kerana dia akan menitiskan air matanya.

Entah tiada siapa pun yang tahu akan isi hatinya yang terguris itu akibat sikap ibu bapanya.Dia tahu mama nya sayang akan papa namun sikap papanya yang hanya mengejar duit semata-mata membuatkan mamanya kecewa,lalu meninggalkan dirinya dan papa.

Kadang-kadang dia marah dengan ibunya kerana meninggalkan dirinya yang baru ingin mengenali dunia.Dan kadang-kadang dia setuju dengan tindakan ibunya itu.Papanya terlalu ego untuk meminta maaf dengan mama.Dia pernah juga menyuruh bapanya meminta maaf dengan ibunya namun penampar yang dia dapat sejak daripada itu dia tidak pernah mahu bercakap dengan bapanya.

Hampir 10 tahun ibunya menghilang entah ke mana,dengan tempoh itu dia memendam perasaannya,dia semakin benci untuk melihat wajah wanita itu lagi,atau lebih senang untuk berbicara,dia sudah lupa akan wajah wanita yang bergelar mama itu.

Loceng sekolah kedengaran itu bermakna sesi persekolahan bagi hari ini sudah berakhir.Lalu seisi kelas 3 DR 1 riuh berceloteh untuk melepaskan lelah mereka.Niyaz mengemas segala barang-barangnya lalu pergi meniggalkan kelas itu.

Niyaz melalui lorong Mawar yang hanya sebilangan pelajar sahaja melalui lorong itu.sepi.Dirinya malas untuk pulang ke rumah yang tidak seperti rumah itu...........

* * * * * *

No comments:

Post a Comment