Monday, 11 July 2011

KALAU......2

"Niyaz!!Niyaz!!"

Tiba-tiba Niyaz terdengar orang memanggil namanya.Dia melihat sisinya.Tiada orang,lalu dia mempercepatkan langkahnya.

"Niyaz,wait!! nie Dalilah la.."

Lalu langkahnya terhenti,dalam hatinya tuhan sahaja yang mengetahui betapa takutnya perasaannya pada masa itu.

"Owh,awak rupanya saya ingat siapa tadi".Dalilah mendekatkan dirinya dengan Niyaz.

"Eh,kenapa kamu takut ke?".Tanya Dalilah yang buat muka 'blur'.

"Tak ada apa-apalah".Niyaz hanya tersenyum mengenangkan peristiwa tadi.

"Em.....Niyaz awak baliklah dengan saya hari nie,saya tak pernah tengok awak jalan dengan sesiapapun sebelum ini,lagipun rumah kita dekat".

Niyaz mengangguk tanda setuju dengan permintaan kawannya itu.Selalunya,Niyaz akan menunggu Pak Leh di perkarangan sekolah tapi hari ini dia ingin balik dengan temannya.

Perjalanannya mereka itu seperti suara yang di 'mute'kan.Sepi tanpa sepatah kata.

Lalu,Dalilah memulakan perbicaraan mereka kerana dia tahu Niyaz ini memang pendiam orangnya.

"Niyaz,kenapa saya tengok muka awak seperti ada masalah,kalau awak tak kisah bagitahulah saya..."

Tiba-tiba langkah Niyaz terhenti dan riak mukanya berubah.Niyaz memandang Dalilah.Diam dan sepi seketika,Niyaz menarik nafasnya yang panjang.

"Entah,maybe saya nie anak yang tak bertuah kot.Ada mak ada ayah tapi tak pernah menganggap saya nie anak.Tak seperti suami isteri yang lain.Kalau mereka nak bercerai dari dulu lagi, saya tak kisah dan saya rasa itu mungkin jalan penyelesaian yang terakhir,tapi sekarang saya yang terseksa.My mom tinggalkan my dad 10 years ago.

Dalilah terkejut dengan pengakuan kawannya itu.Hati Dalilah seperti kertas yang disayat,betapa pilunya hati seorang sahabatnya itu.

"Kenapa mak awak tinggalkan ayah awak?".Dalilah menyusun ayat betul-betul agar tidak melukakan hati kawannya itu.

"Maybe dia tak tahan dengan ayah saya,lagipun perkahwinan mereka tak dapat restu dari keluarga mak saya kerana lain agama."

"Owh....".Itu saja yang mampu Dalilah katakan pada masa itu.

Perbualan mereka terhenti apabila mereka sampai di rumah mewah 3 tingkat kepunyaan Niyaz.Dalilah mengakui kadang-kadang dia rasa cemburu dengan kemewahan.kecantikan dan kepandaian Niyaz itu tapi dia juga bersyukur kerana mempunyai keluarga yang bahagia berbanding Niyaz.

* * * * * *
Perbualan mereka pada minggu lepas masih lagi tidak mengubah apa-apa kepada diri Niyaz.Seperti tiada apa-apa yang berlaku.Dirinya masih lagi seperti biasa.

Hari ini adalah hari miggu,hari yang paling tidak disukai oleh Niyaz.Hari yang paling membosankan.

Niyaz termenung melihat kerah padang yang berumput panjang yang tidak jauh dari kawasan perumahannya.Menungannya diganggu apabila pembantu rumahnya mengetuk pintu bilik Niyaz.

"Niyaz!!,nie ada surat untuk kamu".Jerit pembantu rumahnya yang bekerja disini hampir 8 tahun.

"Letak atas meja itu".Niyaz memuncungkan bibirnya menunjukkan kearah meja di tepi katil itu.Setelah Mak Yah menutup daun pintu biliknya barulah dia bangun dari kerusi jati di sudut biliknya itu lalu mencapai surat yang Mak Yah beri itu.

Apabila kau bertanya aku dimana,
Pasti aku dimana-mana
anakku,
Antara langit dan bumi,
Antara realiti dan maya.....


____ DARI IBUMU_____
Ginza,Chuo-ku,Tokyo,Japan........


* * * * * *

No comments:

Post a Comment